Selasa, 25 Januari 2011

Tempat percutian Menarik DiMalaysia

Sekiranya anda ingin mencari tempat percutian didalam negara, tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke Melaka
 Melaka kini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Di antaranya ialah menaiki beca di tengah-tengah kota, menaiki bot di Sungai Melaka ataupun bersiar-siar di kawasan yang menceritakan tentang peperangan dan penyeksaan, percintaan dan penyesalan. Sebagai destinasi yang menawarkan bukan sahaja pelancongan, tetapi khidmat kesihatan dan pendidikan yang tinggi, bandar raya bersejarah Melaka sememangnya tiada tandingannya.



PAKEJ PERLANCONGAN KE PULAU LANGKAWI
2 HARI 1MALAM @ 3 HARI 2 MALAM BERSAMA
BAYU TRAVEL & TOUR SDN BHD KKKP 1843( As 656503-D)
PAKEJ ROMBONGAN :1. TIKET FERI PERGI DAN BALIK
2. PENGANGKUTAN DARI JETI KE CHALET/ HOTEL
3. PENGINAPAN DI CHALET/HOTEL DI KAWASAN PANTAI CENANG ATAU PEKAN
KUAH BESERTA SARAPAN PAGI.
4. LAWATAN KE TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH (BOLEH BUAT PILIHAN):
SEPERTI :
1. MAKAM MAHSURI
2. LANGKAWI KRISTAL
3. BERAS TERBAKAR
4. LANGKAWI CABLE CAR
5. KILANG GAMAT
6. MEMBELI BELAH
7. LANGKAWI UNDER WATERWORLD
8. TELAGA TUJUH
9. DAN LAIN-LAIN
5. PENGANGKUTAN DARI HOTEL/RESORT KE JETI
6. KAMI JUGA TURUT MENYEDIAKAN "PAKEJ KELUARGA" @ "GROUP"
7. LAIN-LAIN PAKEJ TAMBAHAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN


JIMAT..HANYA
RM 100 UNTUK 2 HARI 1 MALAM
RM 130 UNTUK 3 HARI 2 MALAM
SEORANG!!!

Pantai Cenang

012-5846242 /013-2794282 (akmal)akmalakram86@gmail.com
BAYU TRA
VEL AGEN
Kuala Lumpur

Air Terjun Kota Tinggi yang berketinggian 34 meter merupakan antara tempat pelancongan yang popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Keindahan dan kedinginan air yang datang dari atas gunung mendamaikan rasa para pengunjung. Terdapat beberapa buah chalet yang didirikan berhampiran dengan kawasan ini bagi memberi kemudahan kepada mereka yang ingin menginap serta menikmati keindahan waktu malam. Terdapat pelbagai restoran yang menyajikan hidangan makanan ala chinese dan barat serta gerai- gerai makanan yang lain. Selain daripada itu tapak perkemahan juga disediakan bagi mereka yang gemarkan dengan aktiviti perkhemahan

Terletak di tengah-tengah sempadan negeri Johor dan Pahang, hutan yang wujud sejak berabad lamanya ini telah menjadi habitat kepada beberapa speisis flora dan fauna yang jarang ditemui. Hutan ini juga menjadi tumpuan pencinta alam yang sukakan hidupan liar dan hutan segar yang belum diterokai.

Hutan Simpan Endau-Rompin meliputi kawasan seluas 48,905 hektar (800 kaki persegi) merupakan hutan simpan kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara.


Desaru merupakan antara pantai yang popular di daerah ini. Ia terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia. Pantai yang bersih dengan hutan tropika yang subur sepanjang kira-kira 25 kilometer menjadikan Desaru pilihan pelancong tenpatan dan luar negara. Bagi memberi kemudahan kepada para pelancong, terdapat pelbagai resort dan hotel yang dibina dan ia menawarkan harga yang berpatutan kepada pengunjung

Dibarisi dengan pokok ru dan air laut yang bersih membuatkan pelbagai aktiviti air dapat dijalankan di pantai ini antaranya menyelam, memancing, menaiki bot dan berkanu. Selain itu terdapat juga aktivi lain seperti menunggang kuda, bermain tenis, bermain golf atau merentas hutan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan